Teman bercuti seminggu, Plan nak balik rumah wife kat Kupang, Baling... bincang punya bincang sebelum balik Kupang, kami nak merayap dulu, so kata putus nak pergi Kota Bharu, Kelantan. Teman pun tak pernah balik kg ikut route ini, iye la kan sape nk ikut route ini.. Jauh Bangat. 30 Mac 12 jam 1200 teman bertolak dari KL mengikut route Bentong-Kuala Lipis-Felda Kencau-Gua Musang-Kuala Krai-Kota Bharu. Teman sampai di Kota Bharu jam 1930 lebih kurang, biasa la kan teman bukan bawa laju, lepas tu berhenti sana sini lagi. sepanjang perjalanan sempat la teman rakam gambar-gambar ini.
Tol Gombar, Lebuhraya Karak
Simpang ke Bukit Fraser berhampiran Raub.
Shortcut Kuala Lipis ke Gua Musang melalui Felda Kencau jimat hampir 10 km tak payah melalui Padang Tengku.
Merapoh, ingat nak singgah kat Santuari Ikan Kelah tapi dengar kata dah tak ada dah ikan kelah kat situ, pada 2003 dulu teman penah bermalam di situ semasa mengikuti XPDC bermotor.
Kg Sungai Sam boleh ke Jeli ni...Salah satu tempat kenangan teman ni, sungai kat kg ni penuh dengan ikan buntal.
leh baca sendiri kan.
No comments:
Post a Comment