Lepas teman lepak kat kampung wife teman dekat Kupang, Kedah teman ingat nak balik melalui Gerik-Lenggong-Ipoh-KL. Boleh la teman singgah kat kg teman di Lenggong. Tapi Planning ini tak menjadi sebab hati teman masih belum puas meronda di sepanjang Lebuhraya Timur Barat (LRTB) terutama disekitar Banding. Ini kerana semasa perjalanan dari KL-Gua Musang-Jeli-Baling, tayar kereta teman pecah di JRTB berhampiran Empangan Pergau
(tayar spare lak kurang angin sangat), so tak dapat la teman berhenti untuk menikmati keindahan alam Banjaran Titiwangsa/Royal Belum. Jadi untuk melepaskan dendam teman tukar route Kupang-Gerik-Banding-Jeli-Jelawang-Gua Musang-Cameron Highland-Tapah-KL. Dua kali la teman cross Banjaran Titiwangsa untuk perjalanan balik ke KL. Sepanjang perjalanan dapat la teman kongsikan beberapa gambar yang teman rasa agak menarik.
Laluan Kupang-Grik
Gunung Paku, Gerik
Gunung Stong
Kuala Balah-Jelawang
Berhampiran Jelawang, jalan sempit dan tidak terurus.
Banding
Banding, air pasang.
tu dia sampai parking pun air naik.
sempat main air lagi tuh.
hah tempat kenangan, tahun 1995, dulu jalan balak tepi LRTB, ada rumah kongsi balak, teman dalam perjalanan dari batu melintang ke Baling. Nek motor 100plus (Yamaha Y100 Sport), teman masuk la jalan ini tak sampai 100m pun dari jalan besar, ingat nak pergi melepas la..slu nya klu ada rumah kongsi balak tentu ada sungai atau anak sungai. Tapi malang teman terserempak gajah dekat rumah kongsi.. apa lagi..pecutttttt.
Sempadan Kelantan-Perak
Kat sini la tayar kete teman pecah sebab termasuk dalam lubang.
No comments:
Post a Comment