Tu banyak sarang lebah bertenggek kat batu kapor..sapa berminat leh gi amik. dibahagian bawah gua ni terdapat gerai makan pak mail dari Kg Batu Papan, Gua musang.
Ini kawasan pertama kali tersempak dengan kawanan gajah yang sedang melintas jalan jam 0030 (1230 malam), semasa teman dalam perjalanan balik ke Kupang, Kedah. nasib ada lori, boleh la teman menyelit kat tepi... kalu tidak, tak tau la nak cakap. kalu teman naik kereta tak apa la...tapi sayang teman nek motor Y100 Sport aja masa tuh... kejadian pada 1995, masa tu teman dok berulang la dari Batu Melintang ke rumah wife teman kat Kupang.
Dalam perjalanan balik ke Kupang, teman tergerak hati nak singgah sekejab nak tengok perkampungan orang asli di Rancangan Penempatan Semula Air Banun, Banding (dari Jeli sebelum sampai Banding), sampai aje di kawasan sekolah, penduduk sana beritahu ada gajah dah masuk kampung, sempat la teman snap beberapa gambar live gajah-gajah ni. Sebenarnya perkampungan ini dipagari dengan parameter elektrik yag sangat luas, tetapi kecerdikan gajah-gajah ini yang menyebabkan mereka boleh membolosi parameter ini. Sudah seminggu gajah-gajah ini berkeliaran dikawasan perkampungan ini dan sudah beberapa kali merosakkan rumah dan tanaman penduduk disini. Menurut beberapa penduduk, gajah-gajah ini tidak menjumpai jalan keluar, tetapi teman rasa bukan tak jumpa jalan keluar tetapi makan mereka banyak kat dalam parameter ini, buat apa mereka nak keluar....teman rasa la.
Chalet terapung Banding.
Jambatan Banding.
Tasik Banding.
Ikan baung Tasik Banding, teman tak sempat nak beli, dah ada orang sapu dulu, 3 kilo RM20 aje..perrhhh melepas...
Anak-anak teman pantang tengok air....merenyam aje nk mandi...
Ni Nasi sup pak mail, Kg Batu Papan, Gua Musang, mai Gua Musang kene singgah dulu. Tapi nak masuk ke gerai Pak Mail ni susah sikit, klu org tak biasa mmg xjumpa punya.
Lepas menikmati hidangan pak mail, teman teruskan perjalanan, simpang ke Cameron atau ke Jeli.
Jelawang.
pemandangan Air terjun Gunung Stong.
Di Batu melintang, Jeli, dulu kawasan ini ada road block lepas jam 1800 dah xboleh lalu JRTB... so sapa-sapa yang terbabas waktu tu..kene lepak kat sini dulu sebelum menyambung perjalanan ke Gerik, Perak. almaklum la kawasan hitam, bahaya.