Sunday 1 July 2012

Perjalanan KL - Baling

Kali ini teman dapat cuti seminggu, cadang nk balik kg wife teman kat baling dan juga kg teman kat Ipoh. tapi teman nk ikut jalan lain, jalan KL - Ipoh teman dah boring. so teman ikut route KL-Raub_Padang Tengku-Gua Musang-Jelawang-Kuala Balah-Jeli-Banding-Baling.


Tu banyak sarang lebah bertenggek kat batu kapor..sapa berminat leh gi amik. dibahagian bawah gua ni terdapat gerai makan pak mail dari Kg Batu Papan, Gua musang.
Ini kawasan pertama kali tersempak dengan kawanan gajah yang sedang melintas jalan jam 0030 (1230 malam), semasa teman dalam perjalanan balik ke Kupang, Kedah. nasib ada lori, boleh la teman menyelit kat tepi... kalu tidak, tak tau la nak cakap. kalu teman naik kereta tak apa la...tapi sayang teman nek motor Y100 Sport aja masa tuh... kejadian pada 1995, masa tu teman dok berulang la dari Batu Melintang ke rumah wife teman kat Kupang.



Dalam perjalanan balik ke Kupang, teman tergerak hati nak singgah sekejab nak tengok perkampungan orang asli di Rancangan Penempatan Semula Air Banun, Banding (dari Jeli sebelum sampai Banding), sampai aje di kawasan sekolah, penduduk sana beritahu ada gajah dah masuk kampung, sempat la teman snap beberapa gambar live gajah-gajah ni. Sebenarnya perkampungan ini dipagari dengan parameter elektrik yag sangat luas, tetapi kecerdikan gajah-gajah ini yang menyebabkan mereka boleh membolosi parameter ini. Sudah seminggu gajah-gajah ini berkeliaran dikawasan perkampungan ini dan sudah beberapa kali merosakkan rumah dan tanaman penduduk disini. Menurut beberapa penduduk, gajah-gajah ini tidak menjumpai jalan keluar, tetapi teman rasa bukan tak jumpa jalan keluar tetapi makan mereka banyak kat dalam parameter ini, buat apa mereka nak keluar....teman rasa la. 

Chalet terapung Banding.

Jambatan Banding.

Tasik Banding.

Ikan baung Tasik Banding, teman tak sempat nak beli, dah ada orang sapu dulu, 3 kilo RM20 aje..perrhhh melepas...


Anak-anak teman pantang tengok air....merenyam aje nk mandi...


Ni Nasi sup pak mail, Kg Batu Papan, Gua Musang, mai Gua Musang kene singgah dulu. Tapi nak masuk ke gerai Pak Mail ni susah sikit, klu org tak biasa mmg xjumpa punya.

Lepas menikmati hidangan pak mail, teman teruskan perjalanan, simpang ke Cameron atau ke Jeli.

Jelawang.

pemandangan Air terjun Gunung Stong.

Di Batu melintang, Jeli, dulu kawasan ini ada road block lepas jam 1800 dah xboleh lalu JRTB... so sapa-sapa yang terbabas waktu tu..kene lepak kat sini dulu sebelum menyambung perjalanan ke Gerik, Perak. almaklum la kawasan hitam, bahaya.

Baling - Kuala Lumpur

Lepas teman lepak kat kampung wife teman dekat Kupang, Kedah teman ingat nak balik melalui Gerik-Lenggong-Ipoh-KL. Boleh la teman singgah kat kg teman di Lenggong. Tapi Planning ini tak menjadi sebab hati teman  masih belum puas meronda di sepanjang Lebuhraya Timur Barat (LRTB) terutama disekitar Banding. Ini kerana semasa perjalanan dari KL-Gua Musang-Jeli-Baling, tayar kereta teman pecah  di JRTB berhampiran Empangan Pergau (tayar spare lak kurang angin sangat), so tak dapat la teman berhenti untuk menikmati keindahan alam Banjaran Titiwangsa/Royal Belum. Jadi untuk melepaskan dendam teman tukar route Kupang-Gerik-Banding-Jeli-Jelawang-Gua Musang-Cameron Highland-Tapah-KL. Dua kali la teman cross Banjaran Titiwangsa untuk perjalanan balik ke KL. Sepanjang perjalanan dapat la teman kongsikan beberapa gambar yang teman rasa agak menarik.

Laluan Kupang-Grik


Gunung Paku, Gerik

 Gunung Stong
 Kuala Balah-Jelawang
Berhampiran Jelawang, jalan sempit dan tidak terurus.
 Banding
 Banding, air pasang.

tu dia sampai parking pun air naik.

 sempat main air lagi tuh.

hah tempat kenangan, tahun 1995, dulu jalan balak tepi LRTB, ada rumah kongsi balak, teman dalam perjalanan dari batu melintang ke Baling. Nek motor 100plus (Yamaha Y100 Sport), teman masuk la jalan ini tak sampai 100m pun dari jalan besar, ingat nak pergi melepas la..slu nya klu ada rumah kongsi balak tentu ada sungai atau anak sungai. Tapi malang teman terserempak gajah dekat rumah kongsi.. apa lagi..pecutttttt.

Sempadan Kelantan-Perak
Kat sini la tayar kete teman pecah sebab termasuk dalam lubang.

Kota Bharu - Baling

Malam tadi teman bermalam di Kota Bharu, semat la teman merayap disekitar KB, Pengkalan Chepa, PCB, Wakaf Che Yeh, Kedai Buluh dan lain-lain tempat yang pernah teman sampai sebelun ini. Tahun 1994-1997 dulu teman pernah duduk kat Pengkalan Chepa, itu yang teman nk benar berjalan tempat-tempat ini, mengimbas kembali kenangan zaman silam gitu. So hari ini teman dalam perjalanan balik ke Kupang, sudah menjadi lumrah teman suka melalui jalan, denai yang baru atau yang belum pernah dilalui. Hari ini (2 Apr 12) teman ikut route KB-Tumpat-Pengkalan Kubur-Kesban-Rantau Panjang-Panglima Bayu-Jeli-banding-Gerik-Kupang.


Jalan Kesban, seberang sungai Golok tu Thailand.


Jalan Kesban (jalan disepanjang sempadan Thailand), tengok dalam peta memang tak ada jalan ni... tawakal aja la...klu jalan mati pusing semula la... teman sempat tanya orang kampung, jalan ini memang boleh tembus ke Rantau Panjang (Melalui kg Bukit Perdah, Kg Gong dll).


Jalan disini banyak jerangkap samar (tahi lembu) sebab jarang orang lalu kecuali pasukan keselamatan aje, bersepah pos mereka disepanjang jalan ini dan bersepah juga jeti nak keseberang (Thailand).





Kesban


Dekat


Kg Gunung, Batu Melintang (dulu teman penah duduk kat sini, selalu juga merayap ke Kg Kalai) orang Jeli tentu tau kg Kalai..


Sempadan Kelantan-Perak.


Pemandangan menarik ditepi Lebuh Raya Timur Barat (LRTB).


Royal Belum, Tasik Banding.



Jalan-jalan Kota Bharu, Kelantan

Teman bercuti seminggu, Plan nak balik rumah wife kat Kupang, Baling... bincang punya bincang sebelum balik Kupang, kami nak merayap dulu, so kata putus nak pergi Kota Bharu, Kelantan. Teman pun tak pernah balik kg ikut route ini, iye la kan sape nk ikut route ini.. Jauh Bangat. 30 Mac 12 jam 1200 teman bertolak dari KL mengikut route Bentong-Kuala Lipis-Felda Kencau-Gua Musang-Kuala Krai-Kota Bharu.  Teman sampai di Kota Bharu jam 1930 lebih kurang, biasa la kan teman bukan bawa laju, lepas tu berhenti sana sini lagi. sepanjang perjalanan sempat la teman rakam gambar-gambar ini.

Tol Gombar, Lebuhraya Karak


Simpang ke Bukit Fraser berhampiran Raub.


Shortcut Kuala Lipis ke Gua Musang melalui Felda Kencau jimat hampir 10 km tak payah melalui Padang Tengku.


Merapoh, ingat nak singgah kat Santuari Ikan Kelah tapi dengar kata dah tak ada dah ikan kelah kat situ, pada 2003 dulu teman penah bermalam di situ semasa mengikuti XPDC bermotor.



Kg Sungai Sam boleh ke Jeli ni...Salah satu tempat kenangan teman ni, sungai kat kg ni penuh dengan ikan buntal.


leh baca sendiri kan.







Ronda Bukit Frazer & Bentong

29 Apr 12.

Balik dari cuti hujung minggu kat ipoh, semasa perjalanan balik ke KL, wife teman pulak ajak meronda dulu... tapi kemana???... ok ok..kita keluar kat tol Tanjung Malim, pergi Kuala Kubu Bharu dan terus ke Bukit Fraser dan balik KL ikut Bentong, Pahang.

Papan tanda ke Bukit Fraser dari jalan lama Ipoh- KL berhampiran Kuala Kubu Bharu.



Berhampiran simpang naik ke Bukit Fraser


Empangan berhampiran Pertak.


Kepada sesiapa yang nak mandi dekat sini kene tulis wasiat dulu..


Cantik pemandangan disini.



Anak bongsu teman mula bersiar-siar sejak umur 2 bulan.


Anak no 2 teman, pantang jumpa air sungai.


Sungai dekat Pertak


Tempat bersejarah darurat 1948, Sir Hendry Gerney di tembak oleh pengganas komunis.


OTW Balik KL teman ikut Bentong