Sunday, 24 June 2012

Jom pergi Cameron Hingland & Kuala Tahan

31 Mei 12

Malam tadi teman bermalam kat Cameron (Camping kat Pejabat Hutan Cameron), hari ini pepagi lagi teman dah bergerak ke Kuala Tahan, teman ikut route Cameron-Pos Betau-Kuala Medang-Sungai Koyan-Kuala Lipis-Jerantut-Kuala Tahan sebab laluan ini banyak tempat menarik, sebelum ini pun teman pernah dua tiga kali melalaui laluan ini.Beberapa gambar yang teman ambil disepanjang laluan, kualiti pic kurang menarik la iya sebab teman pakai camera digital yang murah aje.


Teman bertolak pepagi lagi dari Brincang menghala ke Tapah.


Lepas Ringlet, teman masuk susur keluar ke arah Lembah Bertam, Pos Betau & Sungai Koyan, Raub.


Pekan kecil yang dipenuhi pengusaha ladang sayur di Lembah Bertam.


 Jalan sini lengang dan berkabus.


Penempatan orang asli tapi tak tau lak apa nama nya.



Cantik pemandangan dengan udara yang segar.


Berkabus lagi




Macam dalam filem Avatar.



Simpang Tiga Kuala Medang & Raub dekat Felda Sungai Koyan, teman belok kiri pi meronda kat Kuala Medang sekejab.


Atas jambatan di Kuala Medang.


Atas jambatan Kuala Medang.


28 Mei 12 lepas teman dah lalu kat sini tapi teman belok kiri ke Gua Musang untuk balik ke Baling, melalui Jelawang, Kuala Balah, Jeli tapi hari ini teman belok kanan pulak untuk ke Kuala Tahan melalui Kuala Lipis & Jerantut.


Laluan Kuala Lipis ke Jerantut


Bagus Majlis Perbandaran Kuala Lipis mengucapkan selamat jalan pada teman sekeluarga.


Lepas makan dan isi minyak di Bandar Jerantut, teman teruskan perjalanan ke arah Maran dan masuk kiri untuk ke Kuala Tahan.


Hah ini Aki Chalet dah dua kali teman lepak sini...


1 comment:

  1. Assalam,
    Nak tanya..sesuai ke laluan ke kuala tahan jika naik kereta biasa?
    Lagi satu..dari Aki chalet ke jeti Kuala Tahan jauh tak jika berjalan kaki (keta biar park kat chalet)?

    Thanks!

    ReplyDelete