Sunday, 24 June 2012

Jom pergi Cameron Hingland & Kuala Tahan

31 Mei 12

Malam tadi teman bermalam kat Cameron (Camping kat Pejabat Hutan Cameron), hari ini pepagi lagi teman dah bergerak ke Kuala Tahan, teman ikut route Cameron-Pos Betau-Kuala Medang-Sungai Koyan-Kuala Lipis-Jerantut-Kuala Tahan sebab laluan ini banyak tempat menarik, sebelum ini pun teman pernah dua tiga kali melalaui laluan ini.Beberapa gambar yang teman ambil disepanjang laluan, kualiti pic kurang menarik la iya sebab teman pakai camera digital yang murah aje.


Teman bertolak pepagi lagi dari Brincang menghala ke Tapah.


Lepas Ringlet, teman masuk susur keluar ke arah Lembah Bertam, Pos Betau & Sungai Koyan, Raub.


Pekan kecil yang dipenuhi pengusaha ladang sayur di Lembah Bertam.


 Jalan sini lengang dan berkabus.


Penempatan orang asli tapi tak tau lak apa nama nya.



Cantik pemandangan dengan udara yang segar.


Berkabus lagi




Macam dalam filem Avatar.



Simpang Tiga Kuala Medang & Raub dekat Felda Sungai Koyan, teman belok kiri pi meronda kat Kuala Medang sekejab.


Atas jambatan di Kuala Medang.


Atas jambatan Kuala Medang.


28 Mei 12 lepas teman dah lalu kat sini tapi teman belok kiri ke Gua Musang untuk balik ke Baling, melalui Jelawang, Kuala Balah, Jeli tapi hari ini teman belok kanan pulak untuk ke Kuala Tahan melalui Kuala Lipis & Jerantut.


Laluan Kuala Lipis ke Jerantut


Bagus Majlis Perbandaran Kuala Lipis mengucapkan selamat jalan pada teman sekeluarga.


Lepas makan dan isi minyak di Bandar Jerantut, teman teruskan perjalanan ke arah Maran dan masuk kiri untuk ke Kuala Tahan.


Hah ini Aki Chalet dah dua kali teman lepak sini...


Cuti-cuti Malaysia Kuala Tahan (Mutiara Taman Negara)

31 Mei 12.

Teman sampai Kuala Tahan dari Cameron Highland dalam pukul 1400, lepas check in kat Aki Chelat teman merayap la...



Seberang sana tu, Mutiara Taman Negara.


Wife teman dengan Putera dan Puteri teman.



Puteri teman bergaya sebelum dia tersembam jatuh dari tangga...hehehehehee



 Naik bot rm2 pergi balik.



Pintu Gerbang Kuala tahan, semasa perjalanan balik Kuala Gandah.


Pemandangan ditepi jalan Kuala Tahan-Padang Piol.


Jambatan Sungai Piai, Perjalanan pulang teman tidak melalui jalan Felda Retang tetapi melalui jalan kecil ke Kg Jong Berlaboh, Kg Kederah dan tembus semula di Felda Padang Piol.


Kg Kederah, seberang sana tu jeti bot ke Kuala Tahan, nak merasa nek bot 3 jam leh la... nek kete 1 jam pun tak sampai.

Hari Keluarga Afamosa Resort

Cuti sekolah hujung tahun 2011,  opis teman wat hari keluarga kat Afamosa, puas dah cari tempat yang sesuai, so tahun ni kat sini aje la...






Ada safari, ada cowboy town.












Bab makanan.... xsedappppppppppppp... xnak pi lagi dahhhhh.

Wednesday, 20 June 2012

Cocobay Condo Beach Resort, Port Dickson

Dari Tasik Kenyir teman sambung terus ke Port Dickson. Teman ikut laluan Gua Musang - shortcut kat Felda Kencau (Kuala Lipis)-Raub-Bentong-Karak-Pertang-Kuala Pilah-Johol-Rembau-Pasir Panjang-Port Dickson.

Ni hah ada la sikit gambar pemandangan yang boleh dibuat santapan mata, kali ini teman lepak kat Cocobay Condo Beach Resort, Port Dickson




Cantik gak pemandangan kat PD ni..


Purnama Beach, Port Dickson. orang pun tak berapa ramai..selesa sikit.


Tengok tuh... boleh kira ade berapa kerat aje orang mandi... so sangat selesa la kan.


Ronda aja la kat tepi pantai Purnama ni.


Last-last mandi kolam aje kat Cocobay Resort.


Kolam kanak-kanak


Reception Cocobay Condo Beach resort.


Tasik Kenyir 2011

Cuti kali ini, teman berpakat nak pergi Kenyir, pukul 1400 bertolak dari KL, dlm pukul 2200 sampai kat Kuala Berang, Teman ikut laluan Karak Highway - LPT - Bukit Besi - Kuala Berang - Felda Aring Gua Musang seterusnya ke Port Dickson.

Teman mmg tak ada kerja lain, merayap, meronda, dan snap pic aje so, disepanjang jalan sempat la teman ambik pic-pic dibawah ni..


Lebuh raya kara dekat Tol Gombak


 Lebuh Raya Pantai Timur


Ni tempat persinggahan teman dan keluarga malam tadi.




Ok gak Rest House ni...


Ni jalan nk pergi Empangan Hidro elektrik, Kg Jenagor, Kuala Berang.


Dah dekat nak masuk simpang ke Pangkalan Gawi, Kalau jalan terus akan sampai kat Felda Aring, Gua Musang, jalan baru ke Tasik Kenyir, terus lagi leh sampai Cameron Highland.





Rumah bot kat Pangkalan Gawi










OTW ke Gua Musang terserempak lak dengan air terjun, sanggup pusing balik menghala ke Pengkalan Gawi.


Ni pemandangan disebelah bawah air terjun tadi... adeiii tak tahan tengok air ni.


Nampak surut paras air kat kenyir nih





Singgah dulu kat Santuari Gajah Sg Ketiar, Terengganu



Cantik tempat ini..masuk free aje, tapi kalau ade niat nak bersedekah tuh, tong ade kat tepi boleh masukkan seberapa banyak anda ada hehehe...so lepas ni teman cadang nak terus menghala ke arah Port Dickson pulak.